PASIR GUDANG : Di Dewan Serbaguna Taman Cendana pada 18 Jun 2022 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah (HADK) Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2022.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti berkaitan gaya hidup sihat yang bebas dari penyalahgunaan dadah, substans dan pelencongan sosial.

Pihak Yayasan Pasir Gudang telah dijemput untuk bersama-sama menyertai program ini bagi berkongsi maklumat dan pengetahuan am berkaitan Yayasan Pasir Gudang kepada para peserta, ibu bapa dan masyarakat yang hadir agar mereka lebih memahami dan mengenali peranan yang disediakan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada masyarakat terutama yang tinggal di kawasan Pasir Gudang.

Satu kaunter khidmat pelanggan telah dibuka oleh Yayasan Pasir Gudang yang bertujuan untuk :

1. Menerangkan fungsi kluster yang terdapat di dalam Yayasan Pasir Gudang (Pendidikan dan Kemahiran, Ekonomi dan Keusahawanan, Kesihatan, Kebajikan, Keceriaan dan Kesejahteraan)

2. Kaunter pendaftaran terbuka kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2022 ke program Tuisyen Online SPM 2022 YPG secara percuma yang dianjurkan oleh Yayasan Pasir Gudang.

3. Penerangan tentang jenis-jenis bantuan yang terdapat di dalam setiap kluster yang terlibat seperti kluster kebajikan (bantuan Food Aid Programme MyKasih, e-Kasih atau bantuan Yayasan Pasir Gudang), Kluster Pendidikan (bantuan permulaan pendaftaran Institusi Pengajian Awam dan Swasta YPG) dan lain-lain.

4. Penerangan dan perkongsian tentang program-program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Yayasan Pasir Gudang sepanjang penubuhan samada khusus untuk kebajikan, pendidikan, perayaan, kemahiran ataupun belia.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program ini berlangsung seperti aktiviti senam robik, pendaftaran ahli Sukarelawan Antidadah (SKUAD), pameran daripada pelbagai agensi, pemeriksaan kesihatan serta beberapa variasi pertandingan seperti mewarna, gubahan bunga dan pakaian beragam.

Antaran Agensi, Jabatan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta di dalam program ini :

1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Johor
2. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Johor
3. Hospital Permai
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor
5. Jabatan Pertanian Negeri Johor
6. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
7. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor
8. Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang
9. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
10. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
11. Klinik Kesihatan Pasir Gudang
12. YaPEIM Pasir Gudang
13. Waqaf An-Nur Pasir Gudang
14. SWCorp Negeri Johor
15. Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Kluang
16. Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Tinggi
17. Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top