[ 28 April 2021, Rabu ] Malam tadi telah berlangsungnya program Singgah Sahur anjuran bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan Yayasan Pasir Gudang (YPG) menyantuni golongan kurang berkemampuan dan pesakit kronik di beberapa buah kediaman di sekitar kawasan Bandar Seri Alam, Masai, Taman Rinting dan Kampung Kuala Masai.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Puan Zaiton Binti Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.

Turut hadir bersama-sama menyertai sepanjang program ini dijalankan adalah YB Dato’ Asman Shah Bin Abd Rahman (Datuk Bandar MBPG), Puan Nurul Naqiah Binti Haji Fadzil (Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT), Tuan Haji Baharuddin Bin Taib (Ketua Whip Ahli Majlis MBPG), Datin Halimah Binti Mohamed Rasip (Pengerusi PUSPANITA MBPG), ALPA YPG, Ahli Majlis MBPG dan Ketua Kampung.

Terdapat 9 rumah yang dipilih terlibat bagi program Singgah Sahur ini iaitu :

1. Petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam

2. Harani Binti Mustaff, Bandar Seri Alam.

3. Noor Halijah Binti Hamzah, Bandar Seri Alam.

4. Nor Hidahayah Binti S Berry, Masai.

5. Asmah Binti Mohd Yatim, Taman Rinting.

6. Ishak Bin Abdullah, Taman Rinting.

7. Rosinah Binti Abdullah, Taman Rinting.

8. Rahimah Binti Tahir, Kampung Kuala Masai.

9. Rohana Binti Che Kassim, Kampung Kuala Masai.

Sempena singgah sahur ini, setiap penerima akan menerima sumbangan wang tunai, bakul makanan dan juadah untuk bersahur.

Semoga sumbangan yang diberi dapat meringankan beban dan mampu memberi keceriaan ketika bersahur serta sepanjang menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top