| 25 Februari 2022 | Jumaat |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang menjalinkan kerjasama dalam program Smart Home Schooling Mesra dan Outreach Suluh Budiman di Dewan Terbuka Taman Mawar bersama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Program ini bertujuan mempromosikan dan menyebar luaskan maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada masyarakat setempat khususnya para pelajar sekolah, guru dan ibu bapa.

Ia juga menjadi satu platform untuk mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar melalui program motivasi, psikologi peperiksaan calon STPM.

Seramai 100 orang pelajar telah menyertai program ini serta 20 orang pelajar pula dari kalangan B40 telah menerima sumbangan one-off wang tunai dan barangan keperluan daripada Yayasan Pasir Gudang dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Baharuddin Bin Mohamed Taib, Ketua WHIP MBPG.

Turut hadir sepanjang program ini berlangsung adalah :

1. Ybhg Prof Datuk Dr Md Amin Md Tadf, Naib Canselor UPSI

2. Prof Madya Norkhalid Bin Salimin, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI

3. Dato’ Haji Mohd Amin Bin Ahmad, Ahli Majlis MBPG (Zon Mawar)

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top