| 15 April 2022 | Jumaat |

TEBRAU : Hari ini, di Balai Serbaguna Pasir Mas 2, Jalan Pengkalan 6, Kg Pasir Putih telah dilaksanakan sesi terakhir program pemberian sumbangan Ramadhan Johor Port Prihatin kepada 50 orang penerima yang terpilih daripada kalangan penduduk komuniti Kg Pasir Putih.

YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram dan Puan Nor Azyyati binti Ismail, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Johor Port Berhad (JPB) telah menyalurkan sumbangan bantuan bakul makanan berserta wang tunai “one-off” kepada penerima yang hadir.

Namun, wang tunai tersebut akan diberikan secara berperingkat atas talian bermula hari ini (jumaat) ke akaun penerima masing-masing.

Program ini merupakan satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada pihak Johor Port Berhad bersama Yayasan Pasir Gudang dalam membantu keluarga yang kurang berkemampuan serta mengurangkan beban yang mereka rasai ekoran peningkatan taraf hidup semasa terutama ketika menyambut bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.

turut serta adalah Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top