Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG dan Datuk Ismail bin Ibrahim Ketua Pegawai Eksekutif IRDA telah hadir bagi menyampaikan bantuan kepada asnaf-asnaf sekitar Taman Cendana. Turut hadir bersama dalam program tersebut Datin Halimah binti Rasip dan Datin Rohana binti Ismail. Seramai 130 penerima bantuan telah hadir dalam program tersebut.
Datuk Bandar MBPG dan Ketua Pegawai Eksekutif IRDA turut berkesempatan menziarahi beberapa rumah di blok 42 dan 43 Taman Cendana.
Ucapan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar diatas kesudian memberi sumbangan kepada asnaf-asnaf di Taman Cendana dan menjayakan Program Tanggungjawab Khidmat Sosial ini.
Semoga dengan Program dan bantuan yang telah diadakan ini dapat meringankan beban keluarga yang terjejas khususnya akibat Pandemik Covid 19 yang berlaku sekarang.