10 Disember 2021 | Jumaat |

PASIR GUDANG : Hari ini, Projek ERA Wanita Niaga Yayasan Pasir Gudang yang berlangsung di Balai Komuniti, Taman Desa Rakyat Perdana telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi siri Perapan Rempah Kambing.

Seramai 21 orang peserta yang terpilih telah mengikuti sesi kali ini dan kesemua mereka yang hadir telah meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana Projek ERA masih diteruskan lagi bagi tahun 2021 disamping dapat menimba ilmu berharga dari guru yang berpengalaman luas dalam penyediaan makanan.

Program ini dirancang khas untuk wanita sama ada dari golongan anak muda, suri rumah ataupun ibu tunggal. Program ini memberi kemahiran jangka pendek dan sesuai dilaksanakan di rumah dengan kos yang sederhana serta mampu memperoleh hasil pendapatan pulangan modal dan keuntungan.

Bahkan peserta juga dapat mempelajari ‘trend’ semasa industri makanan, mendapat tempat dalam pasaran tempatan, dan menambahkan pendapatan sampingan untuk keluarga.

Turut hadir Encik Nazri Bin Tangis dan Puan Shahriah Binti Ismail, ALPA YPG.

SEDUTAN PROJEK ERA WANITA NIAGA

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top