PROJEK ERA: COOKIES BAKING CLASS

TEBRAU | 15 Februari 2025 : Yayasan Pasir Gudang bekerjasama bersama Kolej Komuniti Pasir Gudang telah berjaya menyempurnakan Kursus Ekonomi Rakyat ERA iaitu Kursus Cookies Baking Class🍪 di Kolej Komuniti Pasir Gudang. 

Seramai 20 orang peserta daripada sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya MBPG telah menyertai kursus tersebut. Para peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM 50 ringgit oleh kerana baki yuran yang selebihnya telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Pasir Gudang. 

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengasah kemahiran mereka yang sedia ada dan mampu menghasilkan biskut yang berkualiti. Secara tidak langsung kemahiran yang peserta pelajari juga dapat membantu mereka dalam menjana pendapatan untuk keluarga pada masa hadapan.

Berikut merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Pasir Gudang untuk sentiasa membantu serta prihatin terhadap setiap ibu tunggal serta golongan sasar seperti B40 yang menetap di dalam kawasan Pasir Gudang. 

Yayasan Pasir Gudang berharap dengan ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan bersama dapat membantu para peserta untuk mula menjadi usahawan yang berjaya. 

Program ini diselia oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Puan Hasnina binti Aspari bagi memastikan visi dan misi Yayasan Pasir Gudang sentiasa tercapai pada akhirnya.  

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang 
 #ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top