PROJEK ERA: KURSUS PENGHASILAN 3D JELLY CAKE
Hsil usaha kerjasama dengan Kolej Komuniti Pasir Gudang, Yayasan Pasir Gudang telah berjaya melaksanakan Projek ERA: Kursus Penghasilan 3D Jelly Cake buat kali kedua.
Kursus ini telah menarik penyertaan seramai 20 orang peserta yang menetap di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Melalui penganjuran ini, para peserta bukan sahaja mempelajari kemahiran menghasilkan 3D Jelly Cake yang kreatif dan bernilai komersial, malah turut didedahkan dengan peluang menjadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan atau perniagaan kecil-kecilan.
Kursus ini juga menjadi platform untuk membina keyakinan diri serta meningkatkan kreativiti peserta dalam bidang kulinari. YB Tn Hj Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang turut berkesempatan bertemu sebentar para peserta khusus sambil memantau perjalanan aktiviti.
Yayasan Pasir Gudang berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta, seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang berdaya saing dan mampu menjana pendapatan sendiri.
Turut hadir Puan Hasnina, ALPA YPG.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
