PROJEK ERA: KURSUS PENGHASILAN ANEKA ROTI
Sebahagian daripada 1% hasil perolehan cukai Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang di salurkan, Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang telah berjaya menyempurnakan sekali lagi Projek ERA: Kursus Penghasilan Aneka Roti.
Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam bidang pembuatan roti serta asas keusahawanan. Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada teknik penyediaan pelbagai jenis roti, kawalan kualiti serta strategi memulakan perniagaan kecil berasaskan makanan.
Inisiatif ini menjadi bukti nyata bagaimana hasil sumbangan rakyat dikembalikan semula kepada masyarakat melalui program pembangunan kemahiran yang meningkatkan pendapatan ini mampu membuka peluang baharu dan menggalakkan keusahawanan Produk IKS agar dapat memperkukuhkan lagi ekonomi keluarga.
YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG) turut berkesempatan hadir bagi meninjau perjalanan program serta melihat sendiri penglibatan para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Kehadiran beliau bukan sahaja sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif yang dijalankan, tetapi juga sebagai dorongan kepada semua peserta untuk terus bersemangat dan memanfaatkan peluang yang diberikan.
Kursus Jangka pendek ini diselia oleh, Puan Hasnina ( ALPA YPG ) bagi memastikan visi dan misi yayasan sentiasa tercapai.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @Yayasanpasirgudang untuk maklumat dan program terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
