PUSAT TUISYEN KOMUNITI

KEPENTINGAN PUSAT TUISYEN KOMUNITI

Yayasan Pasir Gudang mengilhamkan penubuhan Pusat Tuisyen Komuniti (PTK) ini bagi memenuhi keperluan pendidikan dalam masyarakat. Matlamat pusat tuisyen ini dilaksanakan adalah bagi membantu para ibu bapa mendapatkan pendidikan tambahan ARAS UPSR DAN PT3 untuk anak-anak mereka. Di samping itu, usaha ini dapat meRNGANKAN kos perbelanjaan bulanan pendidikan ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen.

TIDAK RAMAI YANG MAMPU

Yayasan Pasir Gudang memahami bahawa tidak ramai para ibu bapa yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen berbayar di luar. Terdapat juga para ibu bapa yang terpaksa bekerja keras dalam memperoleh pendapatan supaya anak-anak mereka dapat menjalani proses pendidikan tambahan sebagai satu bentuk usaha ke arah kecemerlangan pelajar.

 

IKHTIAR YAYASAN PASIR GUDANG

Oleh sebab itu, Yayasan Pasir Gudang menubuhkan pusat tuisyen di dalam komuniti. Yayasan Pasir Gudang terlibat dalam menaja kos pembayaran guru dan alat bantu mengajar setiap bulan. Manakala bagi kemudahan tempat, pusat tuisyen ini menggunakan balai komuniti penduduk. Pembelajaran hanya melibatkan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR DAN PT3. Yayasan Pasir Gudang menggariskan operasi pusat tuisyen ini adalah selama EMPAT hari seminggu dan waktunya bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam (2 jam).

Sehingga kini, Yayasan Pasir Gudang mempunyai 20 buah pusat tuisyen komuniti. Setiap tahun kami memilih 30 orang pelajar bagi setiap pusat tuisyen sama ada pelajar UPSR ATAU PT3. Pembelajaran akan berlangsung selama 7 bulan untuk UPSR DAN 8 bulan untuk PT3. Setiap tahun hampir 420 orang pelajar berpeluang memasuki pusat tuisyen ini secara percuma.

KESAN MASA HADAPAN

Yayasan Pasir Gudang memantau dari segi peratusan kehadiran pelajar dan juga tahap kecemerlangan atau peningkatan gred pelajar-pelajar yang terlibat. Lebih 60% pelajar memperoleh keputusan cemerlang setiap tahun. Manakala selebihnya memperoleh peningkatan gred yang positif berbanding sebelum kemasukan ke pusat tuisyen. Kami yakin usaha ini merupakan satu bentuk kerjasama daripada pihak Yayasan Pasir Gudang, para ibu bapa, guru-guru dan sekolah. Perubahan positif dan kecemerlangan pelajar akan mendorong mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebahagian besar penerima manfaat Yayasan Pasir Gudang ini telah berjaya menempatkan diri di insititusi awam mahupun swasta.

 

PERLUKAN SOKONGAN LUAR

Tidak dinafikan bahawa kewujudan pusat tuisyen ini memerlukan sokongan pelbagai pihak. Yayasan Pasir Gudang sebagai sebuah badan Non-Profit Organisation (NPO) yang pastinya memerlukan sumbangan bagi memastikan agenda yang dilaksanakan dapat diteruskan. Bagi memastikan anak-anak terus mendapat pendidikan tambahan dan ibu bapa yang tidak berkemampuan dapat menghantar anaknya ke pusat tuisyen ini, Yayasan Pasir Gudang memerlukan RM 264,000 setahun.

Yayasan Pasir Gudang memerlukan dana tajaan ke atas pusat tuisyen ini. Semua pihak termasuk Anda boleh membantu pelajar-pelajar ini mengukir kejayaan pada masa hadapan. Semoga juga dengan sumbangan Anda ini mampu memberikan sinar kejayaan kepada mereka suatu hari nanti.

 

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top