Pusat Tuisyen Komuniti (PTK) Percuma Yayasan Pasir Gudang kembali lagi dengan perubahan baru. Tahun ini terdapat 14 buah pusat tuisyen komuniti yang terlibat dengan pendidikan aras UPSR dan PT3. 30 orang pelajar sahaja yang akan terpilih setiap tahun bagi setiap pusat tuisyen sama ada pelajar UPSR atau PT3. Hampir 420 orang pelajar setiap tahun berpeluang memasuki pusat tuisyen ini secara percuma.
Matlamat utama PTK ini dilaksanakan adalah bagi membantu para ibu bapa mendapatkan pendidikan tambahan untuk anak-anak mereka dan meringankan kos perbelanjaan bulanan pendidikan ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen.
Pemantauan dari segi peratusan kehadiran, tahap kecemerlangan dan peningkatan gred pelajar-pelajar yang terlibat akan dipantau oleh Yayasan Pasir Gudang. Alhamdulillah hampir lebih 60 peratus pelajar memperoleh keputusan cemerlang setiap tahun dan selebihnya berjaya menunjukkan peningkatan gred yang positif berbanding sebelum kemasukan ke pusat tuisyen.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke pusat tuisyen ini, boleh menghubungi secara terus melalui talian nombor telefon penyelia bagi setiap pusat tuisyen yang tertera di poster.
Info lanjut, layari :