Pendaftaran kini dibuka!!!
Yayasan Pasir Gudang komited untuk menawarkan pendidikan tambahan kepada anak-anak setiap tahun bagi membantu para ibu bapa yang berpendapatan sederhana. Dengan harapan, setiap pelajar dapat memperolehi pembelajaran tambahan seterusnya kejayaan dalam peperiksaan akan datang.
Peranan Yayasan Pasir Gudang dalam mewujudkan perkhidmatan pusat tuisyen komuniti ini meliputi penyediaan kos bayaran guru dan alat bantu mengajar. Manakala, pertubuhan komuniti setempat menyediakan tempat untuk dijadikan pusat tuisyen termasuklah utiliti.
Setiap PTK YPG telah ditetapkan beberapa sasaran utama :
1. Penilaian rekod kehadiran pelajar
2. Peningkatan Gred pelajar
Yayasan Pasir Gudang juga percaya bahawa melalui pendidikanlah, agenda untuk membasmi kemiskinan dapat dilakukan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menghubungi penyelia yang bertanggungjawab di 20 PTK YPG (Seperti di poster).
Permohonan terhad kepada 30 orang pelajar sahaja setiap PTK. Borang permohonan boleh di muat turun di bawah.