Pada petang tadi, Yayasan Pasir Gudang telah berkunjung ke kawasan kebakaran yang bertempat di Perjiranan 10, Taman Air Biru. Puan Rozilah merupakan individu yang diuji dengan musibah kebakaran kediamannya pada 19 Mac lalu. Sayu wakil Yayasan Pasir Gudang melihat kawasan kebakaran yang terjadi pada kediaman keluarga Puan Rozilah.

Menurut Puan Rozilah, pihak bomba memaklumkan kejadian kebakaran berkemungkinan berpunca daripada litar pintas ataupun rokok dari kawasan bilik belakang. Kejadian ini mengakibatkan kerosakan menyeluruh pada keempat-empat bilik di ruang atas. Buat masa kini, Puan Rozilah menumpang sementara di rumah anaknya di Taman Pasir Putih. Alhamdulillah, kesemua keluarga Puan Rozilah selamat dan tiada sebarang nyawa diragut ketika kejadian kebakaran berlaku.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Saudara Ed Baela mewakili Yayasan Pasir Gudang menziarahi dan menyalurkan sumbangan wang ihsan kebakaran kepada Puan Rozilah agar sedikit sebanyak dapat membantu meringankan musibah yang berlaku padanya.

Marilah bersama-sama Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan bagi membantu masyarakat Pasir Gudang yang ditimpa bencana agar mereka kembali bersemangat dalam mengharungi ujian yang mereka hadapi.

 

Info lanjut, berita terkini dan sumbangan boleh di salurkan melalui laman rasmi YPG :
yayasanpasirgudang.org.my

Atau ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang :

Yayasan Pasir Gudang
Bank Islam Berhad
0108 7010 0468 59

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top