Pengusaha bas dan van sekolah merupakan antara kumpulan yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 mula melanda.
 
Ini memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sekolah menyebabkan pengusaha bas dan van sekolah tidak dapat menyediakan perkhidmatan mereka kepada anak-anak sekolah seperti biasa.
 
Namun Alhamdulillah, situasi kini kembali cerah dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
 
Johor yang kini sudah berada di Fasa 4 PPN, maka, sekolah akan kembali mula beroperasi pada Isnin, 8hb November 2021 nanti.
 
Untuk itu, sebagai tanda sokongan kepada pengusaha bas dan van sekolah di Pasir Gudang, satu program khas akan diadakan pada esok, Sabtu, 6hb November 2021 di Dewan Serbaguna Taman Scientex, Persiaran Scientex, Pasir Gudang bermula jam 8.00 pagi.
 
Khidmat sanitasi dan disinfeksi percuma adalah bagi memberi suntikan semangat kepada pengusaha bas dan van sekolah untuk memulakan semula operasi dan perkhidmatan mereka.
 
Baucar diesel juga akan diberikan kepada pengusaha bas dan van sekolah yang berdaftar.
Melalui sanitasi dan disinfeksi bas dan van sekolah ini, diharapkan ibu bapa dan penjaga lebih yakin untuk menggunakan perkhidmatan bas dan van sekolah yang disediakan pengusaha untuk anak-anak mereka.
 
Program adalah anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon (JKPZ) Scientex 1 dan 2 yang juga mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Yayasan Pasir Gudang.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top