SARE DRAPING & PRE PLEATING WORKSHOP
PASIR GUDANG | 8 Jun 2025: Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan kerjasama Pusat Jahitan Vimkrish Tailoring House telah berjaya menyempurnakan (Kursus Kemahiran Ekonomi Rakyat (ERA), “Saree Draping & Pre-Pleating Workshop”🧵) di Taman Rinting.
Seramai 15 orang peserta daripada sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya MBPG telah menyertai kursus tersebut. Para peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM 70 ringgit oleh kerana baki yuran yang selebihnya telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Pasir Gudang.
Berikut adalah merupakan usaha bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) melalui Yayasan Pasir Gudang untuk memperkasakan kemahiran dikalangan masyarakat khususnya wanita india yang menetap di dalam kawasan Pasir Gudang.
Sehubungan dengan itu, idea yang tercetus daripada YB Tuan Haji Bahar ini juga secara tidak langsung dapat membantu setiap para peserta tersebut untuk menjana pendapatan dan mengukuhkan lagi ekonomi keluarga mereka.
Pihak Yayasan Pasir Gudang berharap dengan ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan bersama, dapat membantu para peserta untuk mula menjadi usahawan yang berjaya.
🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin





