[ 20 Jun 2021, Ahad ] Yayasan Pasir Gudang mengucapkan Selamat Hari Bapa buat seluruh rakyat Malaysia yang bergelar “Bapa” atau “Ayah”.
Walaupun tidak banyak berbicara tentang kesusahan dan kepenatan dalam membesarkan anak-anak serta memberi nafkah kepada keluarga, namun bapa sentiasa bekerja keras untuk keluarga tercinta.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan dulu, kini dan selamanya.
Bersamalah kita mendoakan untuk ibu dan bapa semoga dikurniakan kesejahteraan, kesihatan dan kasih sayang abadi sepanjang masa.