Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 🌾
Yayasan Pasir Gudang mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada masyarakat Kadazandusun dan Hari Gawai kepada Komuniti Dayak di seluruh Malaysia.
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan rezeki selepas berakhirnya musim menuai.
Walaupun perayaan kali ini diraikan dalam suasana berbeza berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa dalam usaha membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19, tetapi ia masih dapat disambut bersama ahli keluarga di rumah dengan suasana yang ceria.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Gayu Guru Gerai Nyamai (semoga panjang umur dan beroleh kesihatan yang baik).

