Menyedari bahawa terdapat ramai individu dan keluarga yang kini berdepan dengan tekanan hidup atas kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan dan sumber kewangan utama terganggu.
Antara inisiatif Yayasan Pasir Gudang adalah membantu menghulurkan sumbangan barangan pada setiap lokasi Gerobok Prihatin di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Gerobok Prihatin ini diwujudkan di bawah zon-zon penduduk kawasan perumahan bagi tujuan memberi bantuan kecemasan sekiranya didapati terdapat permohonan bantuan daripada masyarakat sekeliling.
Bagi sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi nombor telefon yang tertera manakala bagi pihak yang ingin menyumbang barangan samada pihak persendirian atau syarikat, boleh secara terus disalurkan ke Yayasan Pasir Gudang atau komuniti-komuniti penduduk yang terbabit.
‘Sumbang bagi yang mampu, ambil bagi yang perlu’
