[ 22 Jun 2021, Selasa ] Sumbangan peralatan kesihatan daripada Yayasan Pasir Gudang kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Pasir Gudang.

Penyerahan diselaraskan oleh Pengerusi Puspanita MBPG, Datin Halimah Mohamed Rasip. Manakala Yayasan Pasir Gudang diwakili oleh Tuan Haji Baharudin Taib, Ketua Whip MBPG.

Melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah turut disampaikan sumbangan bagi keperluan yang akan dilaksanakan di PKRC Pasir Gudang.

Turut hadir Dato’ Aman Shah Bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG, Encik Hishamuddin Bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah dan Puan Farah Faridah Baptist, Ketua Pegawai Eksekutif, Pertubuhan Ihsan Johor.

Sumbangan ini telah diterima oleh Dr. Mohd Fathi Zaki Bin Zakaria, Pengarah PKRC Pasir Gudang.

Semoga sumbangan ini dapat memudahkan dan melancarkan urusan pihak barisan hadapan dalam merawat pesakit Covid-19 di PKRC Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top