SESI PENYERAHAN BANTUAN KEMASUKAN IPT AWAM DAN SWASTA ( PASIR GUDANG ) BERSAMA YB BAHAR
YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi YPG berkesempatan bertemu dengan beberapa pelajar serta wakil pelajar yang bakal ataupun telah melanjutkan pengajian pada sesi penyerahan Sumbangan Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang diadakan baru-baru ini.
Beberapa pelajar dari sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menerima bantuan tunai tersebut sebagai tanda keprihatinan YPG terhadap urusan pendaftaran dan perbelanjaan di universiti.
Melalui inisiatif ini, diharapkan para pelajar dapat melanjutkan pengajian dengan lebih yakin, sekali gus menjadi inspirasi kepada rakan sebaya untuk terus mengejar impian mereka melalui pendidikan.
Turut hadir, Encik Razani ( Ahli Majlis MBPG ) dan Puan Virmala ( ALPA YPG )
Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
