SESI PENYERAHAN BANTUAN KEMASUKAN
IPT AWAM & SWASTA
Yayasan Pasir Gudang (YPG) telah melaksanakan Sesi Penyerahan Bantuan Kemasukan IPT Awam dan Swasta (Tebrau) yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rap’enah, wakil rasmi YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman merangkap Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Kota Masai 3, bertempat di Dewan Terbuka Jalan Cermai, Taman Kota Masai.
Dalam sesi penyerahan tersebut, sebahagian pelajar bersama ibu bapa telah menerima sumbangan tunai bagi membantu meringankan beban kewangan ketika pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Bantuan ini turut menjadi suntikan semangat dan motivasi agar mereka terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Yayasan Pasir Gudang dalam memastikan bantuan serta akses kepada pendidikan berkualiti terus dinikmati oleh anak-anak Pasir Gudang, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.
Turut hadir, Puan Hasnina dan Encik Zainal (ALPA YPG ) serta Encik Paudzi (JKKP MBPG).
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
