SESI PENYERAHAN BANTUAN KEMASUKAN
IPT AWAM & SWASTA ( PASIR GUDANG )
				Yayasan Pasir Gudang (YPG) percaya bahawa pendidikan adalah satu pelaburan untuk masa hadapan yang merupakan langkah penting dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara pada masa hadapan.
Sehubungan itu, YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada penerima dan ibu bapa penerima semasa Sesi Penyerahan Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta, sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Inisiatif ini menggambarkan komitmen berterusan Yayasan Pasir Gudang dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada peluang pendidikan akibat kekangan kewangan.
Turut hadir, Encik Paudzi (JKKP MBPG)
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin
															
															
															
															