SESI PENYERAHAN KANOPI
KEPADA PENJAJA KECIL SUNGAI LATOH
YB Tuan Haji Baharudin bin Md Taib, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG) turun padang menyempurnakan Sesi Penyerahan sumbangan kanopi, meja dan kerusi kepada penjaja kecil di tapak niaga Jalan Sungai, Kampung Pasir Gudang Baru.
Langkah ini merupakan kesinambungan usaha Yayasan Pasir Gudang (YPG) dalam memperkasakan lagi perniagaan penjaja kecil, susulan penyediaan kiosk oleh pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Sumbangan ini juga secara tidak langsung, dapat membantu para penjaja melengkapkan keperluan asas niaga agar mereka dapat berniaga dalam suasana yang lebih selesa, tersusun dan kondusif.
Menurut YB Bahar, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen beliau melalui Yayasan Pasir Gudang untuk terus mencari peluang membantu peniaga kecil dalam menjana pendapatan dan memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.
Turut hadir, Encik Paudzi (JKKP MBPG) serta Tuan Haji Daud, Ketua Kg Pasir Gudang Baru
🔥 Artikel penuh di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
