Selesai hari ini Siri Burn Cheese Cake, Projek Ekonomi Rakyat (ERA) yang berlangsung di Balai Komuniti Jalan Tembikai, Taman Kota Masai dengan penyertaan seramai 17 orang peserta. Tuan Hj Herman Irmadi bin Ismail dan Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang turut bersama-sama menghadiri program ini.

Peningkatan penglibatan masyarakat dalam sektor ekonomi merupakan tujuan utama program ini. Kelompok utama yang menjadi sandaran dalam program ini adalah tertumpu kepada wanita bandar yang terdiri daripada miskin bandar, ibu tunggal, dan suri rumah. Ini sebagai satu bentuk solusi yang lain bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga.

Mereka yang terpilih merasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat menyertai program seperti ini dan mereka berazam bahawa ilmu yang dimiliki daripada program ini boleh digunakan sebagai salah satu punca pendapatan dan penambahan kepelbagaian produk jualan mereka dengan pemantauan Yayasan Pasir Gudang. Kemahiran-kemahiran yang sesuai mengikut kehendak semasa dan Yayasan Pasir Gudang bersedia membantu menyediakan yang terbaik buat masyarakat Pasir Gudang.

‘Walaupun pengakhiran program ini terdapat pelbagai cabaran yang getir di luar sana, namun ilmu yang diperolehi dalam program ini amatlah bermakna digunakan sebaiknya untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga masing-masing “ (Tuan Haji Herman Irmadi, ALPA YPG).

#PasirGudangPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top