Pada petang tadi telah berlangsung dengan jayanya Projek Ekonomi Rakyat (ERA) di Balai Komuniti Kg Mulia, Sungai Tiram dengan penyertaan seramai 21 orang peserta.

Turut serta tinjauan sepanjang perlaksanaan siri ‘Paste Makanan’ Projek ERA adalah Puan Shahriah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. Setinggi-tinggi penghargaan buat Tok Ramli Ahmad, Ketua Kampung Mulia kerana memberi kebenaran menggunakan balairaya bagi tujuan perlaksanaan program ini.

Program ini merupakan salah satu inisiatif kemahiran Yayasan Pasir Gudang bagi memberi pendedahan kepada golongan wanita terutamanya ibu tunggal, suri rumah dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam usaha meningkatkan kemahiran dan pendapatan tambahan keluarga.

Bagi mengelakkan tidak ketinggalan dalam arus kepelbagaian kemahiran pada masa kini, Yayasan Pasir Gudang telah menyediakan kemahiran yang mengikut kehendak semasa melalui projek ERA.

Peserta yang terpilih pada kali ini merasa sangat bertuah dan bersemangat kerana dapat menimba ilmu daripada seorang pengusaha paste makanan yang terkenal iaitu Puan Noraini Margono yang telah berjaya membina nama dalam penghasilan produk dan memasarkan ke pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura.

Semoga ilmu yang diperoleh pada hari ini dapat membantu peserta-peserta ini melonjakkan semangat mereka dalam bidang perniagaan pada masa mendatang. Marilah bersama-sama Yayasan Pasir Gudang dalam menganjurkan program seperti ini dan membantu mereka yang memerlukan sokongan untuk terus berjaya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top