Hari ini telah diadakan siri “Pembuatan Pocket Cacky” Projek Ekonomi Rakyat (ERA) di Blok 48, Taman Cendana dengan penyertaan seramai 23 orang peserta.

Projek kali ini dihadiri oleh Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin diiringi oleh Datuk Mohd Amin, Ahli Majlis MBPG Zon Cendana.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Pasir Gudang dalam menyediakan kemahiran yang dapat membantu masyarakat bandar yang tidak berkemampuan berdepan dengan krisis ekonomi yang secara tidak langsung dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian. Kemahiran yang diberikan melalui projek ini dapat memberi peluang kepada golongan wanita untuk melibatkan diri dalam perniagaan kecil – kecilan untuk membantu menambah pendapatan isi rumah.

Datuk Seri Pengerusi berharap dengan penglibatan diri peserta dalam kursus kemahiran ini bukan hanya sekadar belajar membuat kek semata-mata malahan kemahiran ini perlu digunakan bagi tujuan penjualan setiap hari dan secara tidak langsung dapat menjana penambahan pendapatan keluarga masing – masing. Para peserta perlu mengenalpasti jenis-jenis kuih atau produk yang boleh dijual serta dipasarkan bagi memperoleh permintaan yang tinggi dari kalangan pembeli.

Info lanjut, layari :
yayasanpasirgudang.org.my

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top