Matlamat utama program Jom D.I.Y Tukar Minyak Enjin Motorsikal ini adalah menawarkan subsidi perkhidmatan penukaran minyak hitam motorsikal (kuasa rendah) yang bernilai RM 20 di rakan panel Yayasan Pasir Gudang. Yayasan Pasir Gudang telah menaja dengan pemberian baucar atau kupon bersasar.
Program Subsidi Pekhidmatan Penukaran Minyak Hitam Motorsikal telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2020 sehingga tahun 2024. Pada bulan Oktober 2020, 213 orang telah menggunakan subsidi ini dan mempunyai jumlah kos RM 4,260. Manakala pada bulan November 2020 sehingga Disember 2020, seramai 787 orang menggunakan subsidi ini dan mempunyai jumlah kos RM 15,740. Oleh yang demikian, jumlah kos keseluruhan adalah RM 20,000 bagi 1,000 orang penerima subsidi.