Esok, 10 Februari 2021, Yayasan Pasir Gudang akan mengagihkan sumbangan peralatan peribadi (Face Shield) kepada pelajar SPM 2020 yang akan mula menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Yayasan Pasir Gudang telah memilih sebanyak 14 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Pada 31 Januari lalu, Yayasan Pasir Gudang telah menyampaikan sumbangan Face Shield kepada 3 buah sekolah iaitu SMK Dato Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 2 dan SMK Kota Masai bagi menerima yang mana sumbangan ini ditaja oleh KPJ Johor Specialist Hospital.

Namun, Yayasan Pasir Gudang menyedari bahawa terdapat pihak sekolah yang menyatakan kebimbangan mereka dan turut memerlukan peralatan perlindungan peribadi ini sebagai satu usaha membendung penularan jangkitan Covid-19.

Yayasan Pasir Gudang bersetuju untuk menyumbang 100 buah face shield bagi setiap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang lain di bawah MBPG bagi kegunaan pelajar mereka.

Yayasan Pasir Gudang berharap sumbangan ini adalah satu bentuk ikhtiar untuk masyarakat bagi usaha bersama-sama mengekang penularan wabak Covid-19. Yayasan Pasir Gudang menyeru pihak swasta, korporat atau wakil rakyat untuk bersama-sama dalam usaha membantu pihak sekolah menyediakan peralatan perlindungan yang sewajarnya bagi mereka yang menduduki peperiksaan.

Semoga peperiksaan SPM dapat berlangsung dengan jayanya walaupun dalam keadaan norma baharu.

#PasirGudangPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top