Yayasan Pasir Gudang selesai menyerahkan sumbangan peralatan perlindungan Face Shield sebanyak 1,100 buah kepada 11 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Sumbangan ini bagi diberikan kepada Pelajar SPM yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Ini sebagai satu usaha Yayasan Pasir Gudang membendung penularan Covid-19 sepanjang peperiksaan berjalan.
Sumbangan pada hari ini diserahkan oleh Datuk Haji Maulizan Bujang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang dan Tuan Haji Baharudin Taib, Ketua Whip MBPG. Turut serta sepanjang pengagihan adalah Encik Noraizam Rowaji, Tuan Haji Azizul, Saudara Madyasir, Ahli Majlis MBPG dan Tuan Haji Herman Irmadi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pasir Gudang.
