Menyampaikan sumbangan alat bantu peralatan sokongan tambahan kepada Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Raya Bandar Seri Alam hari ini.
Melalui Yayasan Pasir Gudang, kita telah menyediakan tambahan laptop, printer, smart tv dan peti sejuk bagi memberikan kemudahan dan alatan sokongan untuk meringankan beban petugas baris hadapan di sini. Yayasan juga menyumbang menyediakan sarapan pagi selama sebulan untuk petugas disini
Saya juga melihat kehadiran yang cukup positif untuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas bagi menerima vaksin hari ini.
Adalah satu perkara yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan untuk terus menambah bilangan pusat vaksinasi supaya lebih ramai rakyat dapat divaksin dan tidak menunggu giliran yang lama.