Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang menyantuni beberapa mahasiswa yang telah dipilih untuk menerima Bantuan Pendaftaran IPTA/S YPG.

Bantuan sebegini dilakukan sebagai salah satu cara menghargai mereka kerana berjaya memasuki peringkat institusi pengajian tinggi. Walaupun pengajian mereka buat masa kini dilakukan secara atas talian kerana PKP, bantuan RM 300 setiap seorang tetap diberikan oleh Yayasan Pasir Gudang bagi kegunaan mereka bila ke universiti kelak.

Boleh digunakan untuk membayar yuran pendaftaran semester, pembelian alat bantu belajar dan juga kos pengangkutan ke Universiti masing-masing.

Yayasan Pasir Gudang memgucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan buat mereka semua.

#PasirGudangPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top