Serahan sumbangan beg sekolah Yayasan Pasir Gudang pada hari ini telah berjaya diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) yang terlibat.
 
Wakil Southern Power Generation Sdn Bhd, Puan Norlida juga turut bersama dalam agihan ke beberapa sekolah bagi menyerahkan sumbangan tajaan SPG Sdn Bhd.
 
Sumbangan bakal diagihkan oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar terpilih agar pelajar-pelajar ini merasai keseronokan dan ceria ketika kembali ke sekolah sekiranya sesi persekolahan dibuka nanti.
Penyerahan sumbangan pada hari ini telah diserahkan oleh Datuk Haji Maulizan Bujang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayaysan Pasir Gudang. Turut serta dalam sesi pengagihan tadi adalah Tuan Haji Herman Irmadi, ALPA YPG, Tuan Haji Azizul dan Puan Juliah, Ahli Majlis MBPG.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top