Seperti yang sedia maklum, di Cawangan Ar-Rahn Pasir Gudang telah diadakan program sumbangan Kembali ke Sekolah 2023 Ar-Rahn kepada beberapa orang penerima cilik terpilih yang terdiri daripada penduduk komuniti di sekitar kawasan Pasir Gudang.
Setiap penerima yang hadir bersama ibu bapa mereka telah menerima sumbangan barangan keperluan sekolah yang boleh digunakan nanti untuk sesi persekolahan baharu yang akan tiba tidak lama lagi pada 19 Mac 2023.
Atas pengetahuan anda, Yayasan Pasir Gudang juga terlibat dalam membantu mengenal pasti setiap penerima cilik yang terpilih ini yang kebanyakkanya dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan untuk dibantu menerusi program ini yang merupakan jalinan usaha kerjasama syarikat Ar-Rahn Pasir Gudang bersama Yayasan Pasir Gudang dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Atas makluman anda, di kawasan Pasir Gudang masih terdapat ramai penduduk komuniti di luarsana merupakan dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik untuk dibantu dan dibela nasib mereka menerusi sumbangan-sumbangan.
Oleh yang demikian, Yayasan Pasir Gudang mengajak dan menyeru keprihatinan pihak syarikat swasta, dermawan dan masyarakat yang ingin menyalurkan sumbangan untuk bersama-sama turut serta menyalurkan bantuan diluarsana agar nasib mereka ini terbela dan didengari oleh masyarakat sekeliling.
Yayasan Pasir Gudang sentiasa terbuka untuk menjalinkan usaha kerjasama dengan pelbagai pihak terutama yang ingin menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Yayasan Pasir Gudang samada menerusi program sumbangan ataupun mengenal pasti penerima-penerima yang kurang berkemampuan di kawasan Pasir Gudang.
Disediakan oleh : Yayasan Pasir Gudang
