PASIR GUDANG : Sempena meraikan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, Yayasan Pasir Gudang telah berpeluang mengagihkan sumbangan daging korban dari Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang kepada golongan asnaf yang dikenal pasti di kawasan komuniti Rumah Pangsa, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Alhamdulillah, sebanyak 200 pek bungkusan daging korban telah berjaya disalurkan kepada setiap penerima bagi menikmati bersama keluarga tersayang.

Semoga Allah S.W.T menerima ibadah qurban yang dilaksanakan dan mengurniakan ganjaran pahala kepada semua yang telah membantu.

#YayasanPasirGudang
#KelabSukandanKebajikan
#MBPG

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top