Yayasan Pasir Gudang amat menghargai pengorbanan dan komitmen yang tinggi para petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

PKRC ini beroperasi bagi memberi rawatan khususnya kepada pesakit Covid-19 berisiko rendah, tahap 1 dan tahap 2. Kebanyakkan PKRC terutama di Pasir Gudang amat memerlukan penggunaan mesin Elektrokardiogram (EKG) dalam merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Elektrokardiogram (EKG) merupakan salah satu mesin ujian untuk menganalisis aktiviti pergerakan jantung. Fungsi EKG ini memudahkan doktor mengesan permasalahan jantung dengan lebih cepat dan efisien melalui keputusan yang dicetak oleh mesin ini.

Di atas sebab inilah, Yayasan Pasir Gudang menyumbangkan mesin EKG beserta peralatan kesihatan yang lain seperti :

1. Mesin EKG Tiga Saluran SE-3 [ 1 unit ]
2. Tempat troli EKG [ 1 Unit ]
3. Kertas EKG – Saiz 3 Saluran (80mm x 20m) [ 150 gulung ]
4. Ultrasound / Gel EKG (260g) [ 40 botol ]

Moga sumbangan ini dapat memudahkan dan melancarkan urusan pihak PKRC dalam merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti dan seterusnya negara kita pulih dari wabak pandemik Covid-19.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top