PASIR GUDANG | 9 April 2023 : Yayasan Pasir Gudang telah meneruskan sesi sumbangan Hari Raya Aidilfitri bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang di kawasan penduduk komuniti Taman Desa Rakyat Perdana yang bertempat di Dewan Terbuka Taman Desa Rakyat Perdana.

Alhamdulillah, seramai 85 orang penerima yang terpilih dari kalangan asnaf telah hadir bagi menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan sendiri oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib. Ada di antara penerima telah berkongsi cerita bahawa bukan mudah untuk mereka membuat persiapan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri kerana ia melibatkan isu kewangan yang harus mereka harungi terutama untuk membahagikan kewangan antara persiapan dan menyara keluarga.

Mereka (penerima) juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu dengan menghulurkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang begitu besar maknanya dalam hidup mereka terutama dalam situasi terkini yang membabitkan kos sara hidup yang tinggi.

Bantuan sebegini bukan sahaja dapat membantu meringankan serba sedikit beban dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, namun juga dapat membantu merialisasikan suasana yang gembira bersama keluarga tersayang apabila perayaan tiba nanti.

Turut hadir memeriahkan program adalah Encik Nooraizam bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG (Zon Desa Rakyat Perdana).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top