[ 7 Jun 2021, Isnin ] Yayasan Pasir Gudang berkesempatan berkunjung ke kediaman mangsa kebakaran di Jalan Kedidi, Taman Scientex.
Mangsa iaitu Encik Sahaertika Bin Mustafa ditimpa bencana kebakaran rumah pada semalam, 6 Jun 2021 yang terjadi sekitar jam 7:30 malam. Punca kebakaran berlaku disebabkan penggunaan laptop dan telefon bimbit yang di cas di atas tilam.

Kebakaran ini mengakibatkan kerosakan pada syiling bilik bersebelahan dan 1 bilik musnah. Ketika kejadian berlaku, Encik Sahaertika tiada di rumah atas urusan kerja dan hanya ada isteri, anak-anak serta 2 orang adik ipar.

Alhamdulillah kesemua ahli keluarga Encik Sahaertika tidak mengalami sebarang kecederaan dan jiran-jiran telah membantu memadamkan kebakaran sebelum ketibaan pihak bomba pada jam 8:30 malam. Buat masa kini, isteri dan anak-anak beliau telah menumpang sementara di rumah keluarga mertua di Taman Cendana.

Sumbangan Ihsan bencana Kebakaran YPG telah disampaikan oleh Puah Hajah Haryati, Ahli Majlis Zon Scientex 1 dan di turut serta oleh Puan Hajah Faridah, Ketua Pembangunan Masyarakat MBPG.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top