Hari ini Yayasan Pasir Gudang melawat mangsa rumah terbakar di Taman Tanjung Puteri Resort. Musibah kebakaran yang terjadi pada 6 Februari yang lalu menyebabkan kerosakan keseluruhan di ruang tamu dan siling rumah.
 
Yang lebih menyedihkan lagi, Encik Hairi kini masih di hospital dan ditempatkan dalam wad kebakaran. Beliau ditidurkan sementara dan masih belum sedar kerana permasalahan asma dan paru-paru. Permasalahan ini disebabkan beliau terhidu asap tebal yang terlalu banyak ketika ingin memadamkan kebakaran. Menurut isterinya, status suami pada hari ini menunjukkan tanda-tanda positif dan perlukan sedikit masa lagi.
 
Kini, Puan Nur Amira Laila menetap sementara di rumah adiknya di Bandar Seri Alam. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan ihsan kebakaran kepada Puan Nur Amira. Semoga seisi keluarga diberikan kekuatan dan tabah mengharungi ujian yang menimpa mereka.
Sumbangan ihsan hari ini disampaikan oleh Tuan Haji Herman Irmadi, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. Turut hadir, Tuan Haji Azizul, Ahli Majlis MBPG.
 
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top
preloader