Yayasan Pasir Gudang menyumbang barangan keperluan kanak-kanak dan wang ihsan kepada tiga beradik yatim piatu di Taman Kota Masai petang tadi. Sesi ziarah ringkas petang tadi bersama Datuk Haji Maulizan Bujang, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
 
Dugaan yang besar menimpa ketiga-tiga adik beradik ini yang berumur 11 bulan, 4 tahun dan 17 tahun bermula dari kematian ibunya selepas sebulan melahirkan anak bongsunya pada Mac tahun lalu. Manakala ayahnya dijemput Ilahi pada Januari 2021 yang lalu akibat komplikasi jantung. Selepas diuji begini, mereka kini tinggal bersama ibu saudaranya di Taman Kota Masai.
 
 
 
Kini, ibu saudaralah satu-satunya keluarga yang tinggal di Pasir Gudang. Suasana hiba ketika bertanyakan bagaimana nasib adik beradik ini selepas kematian ibu bapanya. Atas rasa tanggungjawab dan darah daging sendiri, ibu saudaranya mengambil tanggungjawab membesarkan anak-anak saudaranya. Walaupun kehidupan ibu saudaranya tidaklah sesenang seperti orang lain, malah beliau akan berusaha membesarkan anak-anak saudaranya seperti anaknya sendiri.
 
Yayasan Pasir Gudang berkongsi kesedihan ini dan mendoakan ketabahan tiga beradik ini membesar tanpa ibu bapa kandung disamping mereka. InshaAllah, Yayasan Pasir Gudang akan cuba lagi membantu semampu dan seadanya kelak.
 
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top