[ 24 April 2021, Sabtu ] Semalam, program Sumbangan Kasih Ramadhan Yayasan Pasir Gudang telah selesai dilaksanakan di Surau Al-Asya’irah Balau, Taman Rinting. Seramai 150 orang penerima daripada golongan asnaf akan menerima bantuan ini.
Sesi penyerahan tadi telah disampaikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.
Turut hadir bersama dalam sesi penyerahan tadi adalah Barisan ALPA, Ahli Majlis, Ketua Kampung dan ketua-ketua masyarakat setempat.
Setiap penerima akan menerima sumbangan wang tunai RM 100 dan barangan keperluan bernilai Rm 100.
“ Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu peluang untuk melakukan kebaikan. Program sebegini merupakan peluang kebaikan untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat yang serba kekurangan di luar sana. Kebaikan program yang dianjurkan pada hari ini bukan sahaja mampu kita berkongsi rezeki malahan mampu mengeratkan hubungan antara saudara seislam dan menyambung ikatan silaturrahim antara satu sama lain.
Maka nasihat saya, manfaatkanlah pemberian yang diterima hari ini dan semoga pemberian ini dapat meringankan beban serta meningkatkan keceriaan dalam keluarga semasa menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. “
( Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin )