SUMBANGAN KHEMAH PENJAJA (BANTUAN KITS USAHAWAN) KEPADA MANGSA TRAGEDI ANGIN KENCANG
Pasir Gudang | 19 Mac 2025: YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah menerima rintihan yang dikongsikan oleh TIGA orang peniaga di tapak bazar Taman Rinting yang terjejas akibat angin kencang tempoh hari.
Kejadian tersebut mengakibatkan ketiga-tiga khemah peniaga itu rosak sehingga mereka tidak dapat menggunakan khemah tersebut untuk beroperasi pada keesokkan harinya.
Susulan dari itu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Yayasan Pasir Gudang menyumbang dan menggantikan khemah mereka yang rosak kepada khemah yang baharu.
Usaha YB Bahar melalui Yayasan Pasir Gudang ini bagi memastikan kelangsungan mangsa untuk berniaga dan mencari rezeki di bulan Ramadhan ini tidak terhenti. Lebih-lebih lagi tidak lama lagi kita semua bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Yayasan Pasir Gudang berharap dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha mangsa memulihkan perniagaan masing-masing. Kami juga mendoakan agar penerima sumbangan tabah dan cekal menghadapi dugaan mendatang.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin



