Yayasan Pasir Gudang berkesempatan berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi menyampaikan sumbangan peralatan perlindungan peribadi (Face Shield dan Sanitizer) kepada pelajar SPM 2020 yang bakal mengharungi peperiksaan SPM tidak lama lagi.
 
Yayasan Pasir Gudang berterima kasih kepada pihak KPJ Johor Specialist Hospital kerana menyumbang set peralatan perlindungan peribadi ini kepada Yayasan Pasir Gudang bagi disalurkan kepada sekolah yang terpilih. Seramai 500 set disumbangkan kepada Yayasan Pasir Gudang bagi menampung keperluan keselamatan pelajar-pelajar dalam menangani wabak Covid-19 sepanjang peperiksaan berlangsung.
 
 
Terdapat tiga buah sekolah yang dipilih iaitu SMK Dato Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 2 dan SMK Kota Masai. Yayasan Pasir Gudang berharap agar para pelajar SPM tahun ini dipermudahkan menempuh peperiksaan dalam suasana norma baharu.

Penyerahan sumbangan kepada dua buah sekolah iaitu SMK Dato Penggawa Timur dan SMK Pasir Gudang 2 telah diserahkan oleh Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ketua WHIP Ahli Majlis MBPG. Manakala bagi SMK Kota Masai telah disampaikan oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top