Sumbangan Perayaan

Setiap tahun Yayasan Pasir Gudang tidak ketinggalan meraikan sambutan perayaan utama pelbagai kaum dan agama bermula dari sambutan Tahun Baru Cina, Hari Aidilfitri, Hari Gawai, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Kepelbagaian sambutan ini membuktikan bahawa semangat perpaduan dan sikap toleransi sesama masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Yayasan Pasir Gudang memahami bahawa mereka yang kurang bernasib baik juga turut meraikan perayaan ini. Namun, disebabkan kekangan kemiskinan, mereka tidak dapat meraikan perayaan dalam suasana yang ceria. Kehadiran Yayasan Pasir Gudang menyantuni golongan ini dalam memberikan bantuan berupa wang TUNAI dan  BARANGAN BAKUL makanan AGAR DAPAT memberikan sedikit sinar kebahagiaan kepada mereka. Dengan adanya sumbangan tersebut dapat meringankan kos perbelanjaan dan persiapan perayaan.

Setiap tahun Yayasan Pasir  Gudang menyasarkan penerima bagi setiap kaum adalah sebanyak 200 orang. Ini bermakna Yayasan Pasir Gudang bakal membantu 1,000 orang dari keluarga tidak berkemampuan bagi meraikan perayaan masing-masing. Usaha Yayasan Pasir Gudang telah bermula sejak dari tahun 2015 sehingga kini.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top