17 Disember 2021 | Jumaat |
 
PASIR GUDANG : Hari ini, seramai 100 orang penerima terpilih dari *Zon Tebrau* telah menerima sumbangan daripada Yayasan Pasir Gudang sempena sambutan perayaan Hari Krismas 2021 yang bakal tiba tidak lama lagi bagi penganut agama Kristian.
Datuk Haji Maulizan Bin Bujang, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah mengagihkan sumbangan kepada setiap penerima yang hadir hari ini di Gelanggang Futsal Jalan Ciku, Taman Kota Masai.
 
Setiap penerima akan memperoleh bantuan wang tunai “one-off” dan barangan keperluan asas bagi membantu sedikit sebanyak meringankan beban yang dirasai oleh mereka yang kurang bernasib baik dalam meraikan perayaan yang bakal tiba dengan suasana yang ceria.
 
Turut hadir Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

SEDUTAN PROGRAM SUMBANGAN PERAYAAN HARI KRISMAS 2021 : ZON TEBRAU

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top