PASIR GUDANG : Sempena meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 22 Januari 2023 (Ahad), Yayasan Pasir Gudang telah selesai menganjurkan sumbangan perayaan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua yang tinggal di kawasan Pasir Gudang.

Majlis penyerahan sumbangan Tahun Baru Cina ini telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna Rumah Pangsa, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam kepada penerima masyarakat Tiong Hua terpilih yang telah dikenal pasti bagi menerima sumbangan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap selaku Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Sumbangan sebegini merupakan khidmat bakti dalam membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama terutama yang melibatkan sambutan perayaan yang istimewa bagi setiap kaum agar mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dapat meraikan perayaan dalam keadaan yang ceria, selesa dan bahagia bersama keluarga yang tersayang.

Perkara sebegini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan sikap toleransi sesama masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

Turut hadir sepanjang program ini berlangsung adalah Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top