TEBRAU : Masyarakat Tiong Hua yang menetap di kawasan Tebrau juga tidak terlepas untuk menerima sumbangan perayaan Tahun Baru Cina dari Yayasan Pasir Gudang sempena meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 22 Januari 2023 (Ahad) nanti.

Majlis penyerahan sumbangan Tahun Baru Cina yang dihadiri oleh masyarakat Tiong Hua yang terpilih (kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik) telah dilaksanakan di Balairaya Jalan Ciku 13, Taman Kota Masai.

Majlis pada kali ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Sebagaimana yang kita ketahui, sambutan perayaan samada Tahun Baru Cina mahupun perayaan yang lain perlulah disambut dalam keadaan ceria, selesa dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Oleh demikian, bagi memastikan bahawa masyarakat yang kurang berkemampuan atau yang kurang bernasib baik ini dapat merasai perasaan dan pengalaman yang sama dengan individu atau keluarga yang lain di saat meraikan sambutan perayaan, Yayasan Pasir Gudang mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis ini adalah Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Ahli Majlis MBPG Zon Kota Masai 3 dan Puan Tang Sze Hui, Ahli Majlis MBPG Zon Kota Masai 1.

Info lanjut mengenai Yayasan Pasir Gudang, boleh layari ke :
https://yayasanpasirgudang.org.my/

#YPGPrihatin
#YayasanPasirGudang

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top