Sumbangan untuk Adik Aqil :
Adik Aqil menghidap sakit saraf mata (Glaukoma) pada kedua-dua belah mata walaupun baru saja berusia 14 tahun dan tinggal di kawasan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Ibunya iaitu Puan Suzilah mula menyedari penyakit anaknya ketika permulaan awal PKP (bulan 3) pada tahun lalu. Pada permulaannya, ibunya hanya merasakan sakit anaknya hanyalah rabun biasa dan selepas membuat pemeriksaan di kedai cermin mata, mendapati anaknya mengalami rabun yang sangat tinggi (700 power) dan disarankan untuk membuat rawatan mata di hospital.
Pada awal bulan disember yang lalu, adik Aqil mula kehilangan penglihatan di sebelah mata kiri dan hanya tinggal 10 peratus sahaja penglihatan di mata kanan. Adik Aqil telah menjalani pembedahan mata pada Disember 2020 di Hospital Mata Tun Hussein Onn dan juga menjalani beberapa pembedahan yang lain.
Kos pembedahan mata menelan hampir RM 25,000. Hanya Allah sahaja yang tahu ikhtiar yang bagaimana dilakukan oleh ibu bapanya. Doktor menyarankan agar membuat pembedahan kecemasan dalam masa dua minggu agar dapat menyelamatkan penglihatan mata adik Aqil.
Yayasan Pasir Gudang menyeru agar semua pihak dermawan sama ada kumpulan atau persendirian dapat membantu adik Aqil mengumpulkan wang bagi kos pembedahannya. Moga setiap pemberian sumbangan anda semua dapat memberi sinar baru kepada adik Aqil agar kesihatan dan penglihatan adik Aqil dapat segera pulih serta dapat bersekolah seperti biasa.