Adik Inara ( Menghidap Sakit Jantung Sejak Lahir )
Inara Aleena Binti Abu Bakar, itulah nama diberi. Sejak lahir lagi adik Inara mempunyai sakit jantung dan sentiasa memerlukan bantuan mesin oksigen selama 24 jam untuk kekal bernafas. Adik inara baru berumur 6 bulan dan mempunyai 3 orang abang yang masih di bangku sekolah.
Ayah inara bekerja sebagai juruteknik dan ibunya kini insan yang sepenuhnya memberi tumpuan penjagaan kepada adik Inara. Rasa syukur diluahkan ibunya apabila mesin oksigen telah diberikan bantuan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada adik Inara. Setiap kali 2 minggu, ubat-ubatan adik Inara perlu diambil di Hospital dan menelan kos RM 500.
Kami yakin bahawa adik Inara sentiasa kuat dan bersemangat untuk terus berada disamping keluarga untuk menceriakan hari-hari mereka walaupun doktor mengesahkan tiada rawatan dapat menyembuhkannya.
Kami menyeru kepada dermawan dan masyarakat di luar sana untuk menyumbang kepada adik Inara agar sedikit sebanyak dapat memberikan sinar kebahagiaan dan meringankan dugaan yang ditimpa oleh adik Inara dan keluarganya.
Jika ada mana-mana dermawan yang ingin menyumbang kepada mereka, boleh berhubung kepada kami :
1. 07-2547814 (pejabat)
2. 014-690 4745 (Hotline)
Atau
Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
(Reference : Adik Inara)
Atau tekan butang ” Sumbangan” untuk menyumbang.
Setiap sumbangan anda akan kami salurkan kepada mereka dan juga mampu memberikan senyuman kepada mereka yang memerlukan.