Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi dan kami di Yayasan Pasir Gudang telah menubuhkan satu tabung khas sempena bulan Ramadan yang mulia serta Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
Objektif utama Tabung Kasih Ramadan YPG dibuat adalah untuk mensalurkan bantuan hasil daripada sumbangan anda kepada masyarakat yang memerlukan serta orang miskin sepanjang bulan Ramadan dan Syawal bagi meringankan beban serta mengurangkan kelaparan yang dirasai oleh mereka semua.
Kelebihan bersedekah di bulan Ramadan begitu besar nikmatNya. Antara kelebihan sedekah adalah pahala yang berterusan selama ianya masih bermanfaat.
Rasuluallah S.A.W telah bersabda ;
“ Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.”
(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033).
Maka, marilah bersama-sama Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan dan memperoleh rahmat dan kebaikanNya sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Sumbangan anda mampu mengukir senyuman di wajah penerima.
Sumbangan boleh disalurkan dengan 3 kaedah :
1. Butang “Saya Derma” atau imbas QR Code :
2. Akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang :
Yayasan Pasir Gudang
Bank Islam BIMB
0108 7010 0468 59
3. Sumbangan tunai atau barangan