[ 10 April 2021 ] Taklimat Program Selangkah Ke Menara Gading oleh Yayasan Pendidikan Malaysia yang berlansung di Dewan Taman Mawar telah selesai dengan jayanya bermula pagi sehingga petang.

Program ini merupakan satu usaha kerjasama antara Yayasan Pendidikan Malaysia dengan Yayasan Pasir Gudang berserta beberapa Universiti Swasta yang terpilih dalam membuka peluang kepada anak-anak muda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah dengan cara memberi bantuan biasisiwa penuh bersyarat kepada pelajar yang layak dan kurang berkemampuan.

Sesi taklimat tadi telah disampaikan oleh Puan Farah Wahidah Binti Bujang, Pengarah Yayasan Pendidikan Malaysia. Yayasan Pasir Gudang berterima kasih atas kesudian untuk berkerjasama dalam merealisasikan program ini kerana program sebegini dapat membantu banyak pihak terutama golongan yang kurang berkemampuan tetapi berkeinginan untuk melanjutkan pengajian ke peringat yang lebih tinggi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top